Archive for ~Tengku Afif~

THE COOK’S BOOK

by DORLING KINDERSLEY

Buku ini adalah dari penerbit DK dan DK sememangnya sinonim dengar buku-buku yang bergambar menarik. Buku ini menceritakan segala tentang tips-tips memasak disamping resepi-resepi dari seluruh benua. Saiz buku ini adalah besar dan tebal sekali. Namun, saya membeli buku ini dengar harga £4 sahaja

COLOUR BLIND

by CATHERINE COOKSON

Novel fiksyen ini mengisahkan suka duka pasangan lelaki kulit Hitam dan wanita kulit Putih yang berlatarbelakangkan England pada tahun 1800an. Penerimaan masyarakat terhadap hubungan interrasial amatlah sempit pada ketika itu.Buku ini menceritakan bagaimana cinta sejati adalah mungkin walaupun adanya tentangan dari masyarakat

THE COMPLETE SHORT STORIES

by AGATHA CHRISTIE MISS MARPLE

Bagi yang menggemari dunia penyiasatan, Hercule Poirot bukanlah suatu nama yang asing. Buku ini mengandungi kesemua koleksi cerita-cerita pendek karangan Agatha Christie

THE ORIGINS OF THE SECOND WORLD WAR

by AJP TAYLOR

Tajuk buku ini menerangkan segalanya dan ianya adalah sebuah buku yang mesti ada bagi peminat hal ehwal peperangan dan juga sejarah

THE ANGRY ISLAND

by  AA GILL

Pengarang buku ini menunjukkan segala perihal laku orang Inggeris serta adat-resam orang Inggeris.

THE LOVE SECRETS OF DON JUAN

by TIM LOTT

Buku fiksyen ini mengisahkan seorang lelaki yang gagal memahami perasaan wanita dan ianya cuba mempelajari dari kesilapannya itu. Beliau belajar mengatasinya dengan mengkaji buku karangan Don Juan.

WATCHING THE ENGLISH

BY KATE FOX

Buku ini juga menceritakan perihal orang Inggeris tetapi nada yang diemploi Kate Fox adalah lebih serius berbanding AA Gill.

WHEN HITLER STOLE PINK RABBIT

by JUDITH KERR

Buku ini menceritakan pengalaman seorang kanak-kanak perempuan dizaman pemerintahan Jerman Nazi. Ia menceritakan bagaimana keluarganya cuba melarikan diri kenegara lain untuk menghindari penangkapan tentera Jerman dan hidup yang penuh dengan rahsia bagi mengelak penangkapan