Archive for ~Irwan Iqbal~

THE MONK AND THE PHILOSOPHER

oleh Jean-Francois Revel & Matthieu Ricard (No. 1 bestseller in France)

Pertemuan seorang ayah (philosopher) dan anaknya (medical student turns Buddhist monk) di Tibet membawa kepada dialog tentang persoalan-persoalan seperti agama, falsafah, sains, politik, psikologi dan sebagainya, termasuk kisah bagaimana sang anak yang cemerlang dalam bidang perubtan telah tertarik untuk menganut agama Buddha dan berhijrah ke Tibet. Perbincangan yang terkandung dalam buku ni mewakili pertembungan worldview timur dan barat, dan kisah perjalanan seorang yang kosong jiwanya dalam mencari pengisian spiritual. Mampu membuat anda termenung memikirkannya.

WHY MEN DON’T LISTEN & WOMEN CAN’T READ MAPS

oleh Allan & Barbara Pease

Nak kahwin? Baca dulu buku ni. Ia menghuraikan perbezaan antara lelaki dan perempuan secara umum dan purata. Antaranya: why women talk so much and men so little, why men should never lie to women, why men offer solutions but hate advice, why men love erotic images and women aren’t impressed (ye ke? I doubt it), why men want sex and women need love etc. Sebab2 perbezaan tersebut, menurut buku ini ialah hasil dari nature dan bukan nurture, contohnya perbezaan struktur otak, tahap hormon dan perbezaan fisiologi. Walaupun perbincangannya praktikal, namun dasar idea penulis sedikit berbahaya kerana mereka percaya perbezaan2 tersebut adalah bebas budaya (universal) dan terhasil drpd interaksi manusia dengan alam sekitar sepanjang proses evolusi. Sebagai Muslim, saya mencadangkan kita terima sahaja perbezaan tersebut kerana memang ia dijadikan oleh Allah sebegitu rupa. Allahu a’alam

RISALAH UNTUK KAUM MUSLIMIN

oleh Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas

Buku yang mengupas secara mendalam dan menyeluruh tentang cabaran dan masalah umat Islam zaman kini dan juga mencadangkan penyelesaiannya dari sudut pandangan aliran tradisionalis. Buku ini juga membandingkan secara terperinci beberapa fahaman barat dengan Islam. Juga menyentuh tentang kelompok & gerakan Islam termasuk modenis dan salafi. Unik, ilmiah, berpandangan jauh, mendalam dan sangat menyeluruh. Tak sangka ada pemikir begini di kalangan orang Melayu sekarang. Nota: bahasa yang digunakan agak klasik ala-ala kitab Melayu lama.